Logo Image

KAJIAN KEFAHAMAN DAN PERSEPSI BELIA TERHADAP RASUAH DI MALAYSIA


Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan generasi muda (21 - 40 tahun) berkaitan isu-isu rasuah di Malaysia.

Logo Image

Dimaklumkan bahawa kajian secara “online” ini telah mendapat sambutan luar biasa dari generasi belia di seluruh negara.  Selepas dua hari di buka, lebih dari 5500 orang responden telah menjawab survei tersebut dengan lengkap dan pihak IPPBM telah menutup survei ini. 

5000 responden pertama akan diberikan saguhati penghargaan seperti yang telah dijanjikan. Walaubagaimana pun bagi memenuhi permintaan rakan-rakan belia yang menyatakan hasrat dan ingin turut serta memberi pandangan terhadap isu-isu rasuah di Malaysia secara SUKARELA tanpa sagu hati kerana telah melebihi 5000 responden, maka IPPBM membuka semula survei ini untuk disertai oleh generasi belia yang berminat.

Kesemua jawapan dan pandangan anda akan di jadikan sebahagian dari kajian tersebut. IPPBM sangat menghargai minat dan semangat kesukarelaan yang ditunjukkan oleh generasi belia Malaysia.